Kerajaan: Diskaun tol 18 peratus PLUS akan dikaji semula

1263

Pihak kerajaan akan mengkaji semula diskaun 18 peratus ke atas kesemua tol di bawah Projek Lebuhraya Utara Selatan (PLUS). Ianya bertujuan untuk menilai kesannya ke atas Dasar Penswastaan Negara.

diskaun tol plus

Menurut Menteri Kanan Kerja Raya, Datuk Seri Fadillah Yusof, kerajaan pada masa kini melihat diskaun yang dilaksanakan sewaktu era pemerintahan Pakatan Harapan (PH) itu mempunyai kesan ke atas lebuh raya lain.



Menurut Ahli Parlimen Petra Jaya itu, kajian semua diskaun tol merupakan antara perkara dasar yang akan menjadi agenda mesyuarat Kabinet dalam masa terdekat.

Pada Januari, Perdana Menteri ketika itu, Tun Dr Mahathir Mohamad berkata, pelaksanaan diskaun tol 18 peratus bermula 1 Februari 2020 itu tidak akan menjejaskan kedudukan serta kewangan PLUS Malaysia Bhd.

Touch 'N Go

Beliau juga berkata, lanjutan tempoh yang diberikan selama 20 tahun dari 2038 kepada 2058 juga mampu memastikan syarikat terbabit memperoleh hasil kutipan yang mencukupi.

Selain itu, Menteri Kewangan ketika itu, Lim Guan Eng menyatakan, pelaksanaan diskaun itu merupakan keputusan mesyuarat Kabinet menstrukturkan semula konsesi PLUS.

Ianya bagi memberikan penjimatan sebanyak RM42 bilion sepanjang tempoh konsesi baharu sehingga 2058.

Jom subscribe telegram Motoqar untuk berita pantas di: https://t.me/motoqar

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here