Tolak untuk pindah, ‘rumah paku’ ini kekal di tengah jalan raya di China

4460

Sebuah jambatan jalan raya di sebuah bandar di China telah dibina di sekeliling sebuah rumah. Ini kerana, pemilik rumah tersebut difahamkan menolak untuk menjualnya kepada pihak kerajaan dan enggan berpindah dari sana selama satu dekad yang lalu.

rumah paku

Rumah ini merupakan salah satu contoh ‘rumah paku’ atau ‘dingzihu’ dalam bahasa Mandarin di China.



Gelaran ini diberikan kepada rumah yang tidak dijual, walaupun kerajaan China akan memberi pampasan dan bayaran nilai rumah mereka untuk tujuan pembangunan.

Beberapa video dan gambar yang tersebar di media sosial memaparkan sebuah rumah usang yang terletak di tengah jambatan Haizhuyong yang baru dibuka di wilayah Guangzhou.

Menurut stesen televisyen Guangdong, rumah tersebut berkeluasan hanya 40 meter persegi, dan terletak di sebuah lubang yang terdapat di tengah-tengah aliran lalu lintas.

Pemilik rumah tersebut, yang dikenali sebagai Liang berkata dia tidak setuju untuk berpindah kerana pihak kerajaan China gagal menawarkan rumah ganti kepadanya di lokasi yang ideal.

Dia juga meluahkan rasa gembira dengan risiko yang mungkin dialami dan tidak kisah dengan apa yang difikirkan orang lain terhadap dirinya.

“Anda fikir persekitaran ini buruk, tetapi saya rasa ia tenang, membebaskan, menyenangkan dan selesa,” katanya.

‘Rumah paku’ telah viral di China setelah rakaman dan gambarnya dikongsi oleh pengguna di media sosial.

Pihak kerajaan China mengakui telah menawarkan banyak calon flat dan skim pampasan tunai kepada penduduk, namun Liang telah menolak semua tawaran tersebut.

Jom subscribe telegram Motoqar untuk berita pantas di: https://t.me/motoqar
 

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here