Bosan tunggu lampu isyarat, lelaki ini buat tarian Blackpink atas motosikal

2367

Blackpink adalah merupakan sebuah kumpulan K-pop wanita kedua yang berada di bawah YG Entertainment selepas kumpulan 2NE1. Blackpink mula memasuki industri sejak empat tahun lalu.

Blackpink

Perkataan ‘black’ dan ‘pink’ di dalam kumpulan ini melambangkan kehebatan wanita yang bukan sahaja dilihat dari paras kecantikan (signifikasi warna merah jambu) malah juga dari bakat mereka (signifikasi dari kekuatan warna hitam).



Kumpulan Blackpink ini semakin hangat diperkatakan sejak kemunculan lagu mereka iaitu Kill This Love pada tahun lepas dan How You Like That pada beberapa bulan yang lalu sehingga tarian mereka menjadi ikutan ramai tanpa mengira golongan.

Tidak terkecuali dengan sebuah video yang dimuat naik oleh @anthraxxxx dimana terdapat seorang lelaki yang sedang melakukan salah satu tarian kumpulan tersebut.

Lebih melucukan, lelaki tersebut menari tarian lagu Kill This Love di atas motosikal miliknya ketika sedang menunggu lampu isyarat di sebuah persimpangan jalan raya.

Gelagat lelaki yang bersikap selamba itu telah menyebabkan orang ramai yang lalu di bahagian pejalan kaki melihatnya dengan pandangan yang pelik.

Ternyata posting tersebut telah mendapat perhatian ramai terutamanya golongan netizen yang rata-ratanya terhibur melihat video berkenaan.

Video yang berdurasi selama 15 saat itu telah menjadi perhatian ramai sehingga menerima tontonan sebanyak 676 tontonan ketika artikel ini ditulis. 

Jom subscribe telegram Motoqar untuk berita pantas di: https://t.me/motoqar

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here