Toyota patenkan rekaan kanopi kereta – petunjuk perkembangan projek hypercar?

1488

Toyota Supra kini menduduki tempat sebagai kereta sports flagship jenama itu, tetapi jangan lupa bahawa sebuah jenama itu, tetapi jangan lupa bahawa sebuah hypercar sedang dalam pembinaan.

Pernah ditayang sedang membuat ujian di litar dan dipandu oleh CEO dan Presiden Toyota, Akio Toyoda sendiri, pembangunan hypercar GR Super Sport itu mungkin sedang dijalankan sekarang.



Memetik Motor1.com dan GR86.org, Toyota telah memfailkan paten untuk bahagian kanopi di United States Patent and Trademark Office (USPTO).

Terdapat dua paten yang difailkan oleh Toyota. Satu ialah untuk pengunci di kiri dan kanan sisi kereta, menunjukkan bagaimana kanopi itu akan dibuka.

Satu lagi paten ialah pada pemijak tepi pada badan kereta, difahamkan untuk memudahkan masuk dan keluar.

Walaupun permohonan paten ini bukanlah bukti kukuh untuk alaupun permohonan paten ini bukanlah bukti kukuh untuk hypercar itu, ia boleh menjadi bukti kerana pada masa ini tiada model lain yang akan memerlukan komponen itu jika dirujuk dari gambar.

Tetapi apa pun, spekulasi ini juga boleh dilihat secara skeptikal. Paten ini mungkin akan digunakan pada aten ini mungkin akan digunakan pada hypercar itu, ataupun tidak.

Jika ya, pasti menarik untuk kita lihat sebuah hypercar moden Toyota bersaing bersama nama-nama seperti Koenigsegg, Bugatti, Mercedes-Benz, Aston Martin dan McLaren.

Untuk rujukan, apa yang kita ketahui adalah GR Super Sport akan dibina menjadi model road-legal sebahagian dari proses homologasi jentera lumba yang akan berentap dalam kelas perlumbaan baharu FIA.

Versi pemanduan jalanan itu dijangka menggabungkan powertrain hibrid dan menjana output sekitar 1,000hp.

Jom subscribe telegram Motoqar untuk berita pantas di: https://t.me/motoqar

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here