MINI Electric kini di Malaysia – model EV pertama dengan 270Nm tork, jarak pemanduan sehingga 270km

1832

Mungkin ini pelancaran paling unik dan bermakna untuk MINI Malaysia setakat ini, iaitu model MINI Electric.

Seperti pada namanya, MINI Electric bukanlah sekadar model plug-in hybrid (PHEV), tetapi model elektrik sepenuhnya. Pengenalan model ini adalah bersempena ulangtahun ke-61 jenama British itu.



MINI Electric dipacu motor elektrik berkuasa tinggi yang dibangunkan oleh BMW Group. Unit ini menjana 184hp dan 270Nm tork yang disalurkan ke roda depan, cukup untuk pemanduan mengujakan tanpa mencemarkan alam sekitar.

Motor elektrik ini pula dikuasakan oleh unit bateri 12 modul berbentuk T yang menghasilkan kapasiti bersih sebanyak 28.9kWh. Penggunaan tenaga adalah sekitar 16.8 hingga 14.8kWh setiap 100km.

Dari segi prestasi, MINI Electric mampu memecut ke 100km/j dalam 7.3 saat dan mencapai kelajuan maksima 150km/j. Jarak pemanduan pula adalah 234km (WLTP) atau 270km (NEDC).

MINI Electric hadir dalam bentuk klasik hatchback 3-pintu dan dilengkapi bampar dan gril depan khusus untuk model ini. Terdapat lencana E berwarna kuning dan komponen gril boleh dipilih dengan dua warna; Vigorous Grey atau Energetic Yellow.

Spesifikasi standard termasuklah lampu depan Matrix LED, lampu belakang LED dengan nyalaan Union Jack, rim unik Electric Power Spoke 17-inci dan tayar run flat.

Sebagai model elektrik, Lencana E juga terdapat di beberapa bahagian seperti pemijak tepi dan penutup tempat pengecas.

Di bahagian dalam, MINI Electric dihiasi dengan warna dan suasana unik seperti butang Push Start berwarna kuning, hamparan lantai khas, dan tombol gear gubahan Electric.

Buat pertama kali dalam kenderaan MINI, model Electric ini didatangkan dengan kluster instrumen digital yang mampu memaparkan maklumat seperti status pengecasan, maklumat pemanduan, navigasi dan fungsi telefon pintar.

Ia juga boleh menunjukkan mod pemanduan yang boleh dipilih pemandu, antaranya Sport, Mid, Green dan Green+.

Unit infotainmen ialah MINI Connected dengan skrin 8.8-inci yang merangkumi ciri-ciri biasa pada MINI dan BMW. Ini termasuklah Remote Services, Intelligent Emergency Call dan MINI Online.

Apple Carplay turut disokong sistem ini, lengkap dengan 12 pembesar suara Harman Kardon serta paparan Head Up Display.

Pemanduan efisyen MINI Electric

Jentera elektrik serba baharu ini mendapat fungsi ARB yang menambahbaik tahap cengkaman. Ia juga akan mengurangkan power understeering semasa memecut.

Untuk pengecasan, hanya 36 minit diperlukan untuk mengecas dari sifar hingga 80 peratus dengan menggunakan pengecas DC. Untuk MINI Wallbox Plus pula, tempoh untuk pengecasan yang sama ialah kira-kira 2 jam setengah.

Selain itu, MINI Electric merupakan model pertama yang didatangkan dengan sistem Driving Assistant yang memberi bantuan dari segi kawalan kelajuan mengikut had laju, amaran pejalan kaki, dan bantuan brek.

MINI Electric baharu juga dilengkapi dengan Bantuan Parkir, Kawalan Jarak Parkir hadapan dan belakang, Cruise Control dengan fungsi pembrekan, serta pakej-pakej ‘Wired’ sebagai standard.

Harga dan pakej pemilikan

Jentera elektrik MINI ini dijual pada RM218,380.78 dan hadir dengan jaminan 4 tahun tanpa had perbatuan, jaminan bateri 8 tahun/100,000km dan servis berjadual percuma.

Pelanggan juga akan mendapat MINI Roadside Assistance dan Online Service. MINI Electric ini boleh dibiayai dengan Balloon Financing oleh BMW Malaysia dengan ansuran bulanan dari RM2,421.

Jom subscribe telegram Motoqar untuk berita pantas di: https://t.me/motoqar

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here