Honda Vario 150 Hadir Warna Baharu, Harga Bermula RM7,499

531

Sebelum ini, Honda Vario 150 sudah menawan hati ramai pengguna motosikal Malaysia dengan gabungan gaya sporty dan prestasi yang menakjubkan beserta dengan ciri-ciri bernilai tinggi ditawarkannya.

Namun, ia kini didatangkan dengan tiga gabungan warna baharu dengan corak grafik heksagon yang lebih menarik di samping warna liveri Repsol.

Peneraju segmen AT masakini, Honda Vario 150 ditawarkan dalam empat pilihan warna iaitu Force Silver Metallic, Pearl Magellanic Black, Sword Silver Metallic dan juga Edisi Repsol.

Ciri-ciri keselamatan canggih yang terdapat pada model AT Honda ini menawarkan ketenangan fikiran bagi transmisi automatik menjadikannya begitu mudah dikendalikan.

Honda Vario 150 dikuasakan oleh enjin 150cc selinder tunggal 4-lejang sejukan cecair yang mampu menjana kuasa mengagumkan sebanyak 13.1 PS pada 8.500 rpm dan menawarkan tork setinggi 13.4Nm pada 5.000 rpm.

Enjin ini digabungkan dengan teknologi eSP (Enhanced Smart Power) dan Sistem Henti-melahu (Idling Stop System ISS) yang maju untuk meningkatkan kecekapan penggunaan bahan bakar.

Honda Vario 150 turut menawarkan ciri-ciri canggih lain seperti dwi-lampu utama LED dan lampu ekor LED, panel meter digital LCD, Sistem Kunci Pintar Honda, peredam bunyi bergaya sport dengan penutup hujung aluminium, roda sport 14 inci dengan cakera brek berbentuk beralun, ruang simpanan 18 liter di bawah tempat duduk dan rak berkembar dalaman.

Selain itu, ia dilengkapi dengan sistem brek gabungan CBS (Combi Brake System) yang membantu dalam mengimbangkan daya sistem brek di roda depan dan belakang untuk mencapai standard hentian yang optimum.

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here