Petani di Indonesia hasilkan replika Lamborghini guna enjin motosikal

4363

Lamborghini menjadi satu daripada supercar impian hampir setiap orang. Tapi sayangnya, supercar Itali ini mempunyai nilai harga yang sangat mahal. 

replika lamborghini

Oleh itu, bukanlah suatu perkara yang pelik jika ada sesetengah individu yang kreatif cuba menghasilkan replika supercar ini termasuk seorang petani dari Aceh, Indonesia yang menghasilkannya dengan dikuasakan oleh enjin motosikal.



Berdasarkan saluran Youtube EJ LAMBO22, terdapat beberapa video yang menarik minat ramai orang, dimana ia memaparkan sebuah replika Lamborghini yang berwarna oren.

Walaupun cara membuatnya tidak ditampilkan, beberapa video dalam saluran Youtube ini ada memaparkan ruangan luar dan ruangan dalam replika Lamborghini ini.

Bukan itu sahaja, menerusi maklumat yang dikongsi, replika ini dikuasakan oleh enjin motosikal Yamaha FZ150i. Enjin motosikal ini diletakkan di bahagian tengah dan disertakan dengan rantai, supaya ia membolehkan replika ini bergerak.

Seperti model sebenar, replika ini hanya boleh menampung seorang penumpang. Berdasarkan penampilannya, kami dapat lihat bentuk Lamborghini ini menyerupai model Aventador dan Reventon.

Apa pendapat anda?

Jom subscribe telegram Motoqar untuk berita pantas di: https://t.me/motoqar

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here