2 Versi Terkini Helmet Zeus DiPasaran Malaysia

2136

Zeus Helmet Malaysia telah melancarkan 2 versi helmet iaitu Carbon Fiber dan Fiber Glass dan dijangka berada dipasaran negara kita dalam waktu terdekat. Zeus Helmet Malaysia ternyata lebih matang dalam memilih corak serta rekabentuk helmet.

Versi Carbon Fiber Siri ZS-1800B(full face) terdapat lima corak serta warna berbeza.Dan dua siri ZS-608 (open face).Kematangan Zeus Helmet malaysia terserlah dimana antara lima corak siri ZS-1800B Carbon Fiber(full face) terdapat juga versi edisi terhad.

Versi Edisi Terhad Carbon Fiber ZS-1800B

Versi edisi terhad dengan warna Clear carbon/AM 10 Gold hanya 100 unit sahaja pengeluarannya.Keistimewaan versi edisi terhad ini ialah dibelakang helmet tercatat no siri 001/100. Versi ini didatangkan dengan sijil pemilikan.



Harga yang ditawarkan bagi versi edisi terhad ialah RM 1,200.

Versi ZS-608(open face) terdapat dua warna yang ditawarkan iaitu Clear Carbon/CD1 Red dan Hexagon Carbon/CD1 Yellow.Harga yang ditawarkan ialah RM 650.Berbanding dengan model keluaran Zeus sebelum nya ternyata model terkini lebih ringan iaitu 1,230gram.

Versi Carbon Fiber Open face ZS-608

Bagi versi Fiber Glass hanya model ZS-1900B full face sahaja yang ditawarkan. Terdapat enam corak dengan pelbagai warna diperkenalkan dan harga yang ditawarkan bermula dari RM 580 sehingga RM 950.Versi Fiber Glass beratnya hanya 1,380gram.

Barisan Helmet Zeus versi Fober Glass ZS-1900B Full Face

Kelebihan yang terdapat pada helmet Zeus ialah Sistem Penyejuk Zeus dengan 7 corong udara,visor 2D,rear spoiler boleh laras
bamboo charcoal fibre liner (anti-bau dan bakteria) dan sun visor.

Terkini kesemua helmet Zeus mendapat piawian ECE 22.05 yang menjanjikan tahap keselamatan lebih terjamin serta bertaraf antarabangsa.

Apa yang menarik ialah kedua siri helmet tersebut menggunakan visor 2D jika dibandingkan dengan versi lama yang menggunakan visor 3D.

Ini jelas membuktikan Zeus Helmet Malaysia merelisasikan citarasa peminat dua roda negara kita.

Bagi pembaca motoqar untuk mengetahui lebih lanjut tentang helmet Zeus boleh layari www.zeus-helmets.com.my.

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here