Setiap kenderaan mesti dilengkapi dengan catalytic converter yang cekap pada sistem ekzos – pakar kimia

3921

Sesetengah di antara kita kurang peka dan tidak ambil peduli mengenai alat pemangkin asap dikenali sebagai catalytic converter yang dipasang pada sistem ekzos kenderaan.

Tahukah anda, pemangkin asap amat penting untuk menukar gas beracun iaitu karbon monoksida kepada karbon dioksida.



Pakar kimia Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) Dr Darfizzi Derawi berkata, sifat gas karbon monoksida atau CO adalah tidak berbau dan tidak boleh dilihat.

Menurutnya, kehadiran gas itu tidak boleh dikesan dengan pancaindera kerana ia terhasil daripada aktiviti pembakaran separa atau tidak lengkap kerana kekurangan oksigen.

Penukaran karbon monoksida kepada karbon dioksida

Jika pembakaran lengkap berlaku, maka ia akan menghasilkan karbon dioksida.

“Kita lihat beberapa kes kematian yang berlaku sebelum ini membabitkan kereta berhenti atau tidak bergerak, namun enjin serta penghawa dingin masih terpasang.

catalytic converter
catalytic converter

“Justeru, setiap kenderaan mesti dilengkapi dengan catalytic converter yang cekap pada sistem ekzos. Ia akan menjadi gas karbon monoksida bertukar kepada karbon dioksida yang kurang kandungan toksik,” katanya.

Darfizzi berkata, berdasarkan beberapa kes sebelum ini didapati ia membabitkan kenderaan berusia lima tahun ke atas, dan kemungkinan besar alat catalytic converter sudah tidak berfungsi dengan cekap.

Menurutnya, ia menyebabkan gas karbon monoksida tidak boleh ditukarkan kepada karbon dioksida dengan secara keseluruhan atau jika sistem ekzos mengalami kebocoran juga berisiko.

“Kebocoran (sistem ekzos) boleh berlaku atas pelbagai sebab seperti terhentak di jalan dan sebagainya.

“Ia akan menjadi risiko tinggi jika kita memberhentikan kenderaan tanpa menutup enjin dan kekurangan oksigen di persekitaran seterusnya boleh berlaku lebih banyak penghasilan karbon monoksida,” katanya.

Tidur dalam kenderaan tidak bergerak

Dr Darfizzi juga menyatakan tiada masalah tentang sikap pemandu atau penumpang tidur dalam kenderaan tidak bergerak dengan penghawa dingin dan enjin terpasang serta tingkap ditutup sepenuhnya.

catalytic converter

Menurutnya, apa yang penting, sistem pengudaraan kenderaan berada dalam keadaan sempurna termasuk alat catalytic converter beroperasi dengan cekap.

“Tetapi jika kita rasa was-was, bukalah tingkap. Namun, itu bukanlah pilihan baik untuk menyelesaikan masalah pelepasan gas karbon monoksida.

“Buka tingkap pun, sebenarnya gas CO itu tetap akan masuk dan berada dalam ruangan kenderaan jika sistem catalytic converter tak efisyen,” katanya.

Jom subscribe telegram Motoqar untuk berita pantas di: https://t.me/motoqar

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here