Nampak macam buruk je, tapi Ford LTD Station Wagon 1984 ini bernilai RM9.5 juta!

2238

Dengan wang sebanyak RM9.5 juta, anda mampu membeli semua benda termasuk sebuah kereta iaitu Ford LTD Station Wagon keluaran tahun 1984 ini.

Ford LTD Station Wagon

Apa yang menjadikan kereta ini istimewa ialah rupa bentuk luarannya, yang telah diubah suai menjadi ‘kereta seni’ oleh seorang seniman dari Tanzania iaitu George Lilanga pada September 1996.



Kereta ini difahamkan kali terakhir dimiliki oleh satu pusat pengedar dari Jerman, dan berdasarkan iklan ianya kini sedia untuk dijual dengan harga USD2,360,750 (RM9.5 juta).

Ford LTD Station Wagon

Kereta ini dilengkapi dengan lukisan abstrak yang bewarna-warni pada bahagian badan, dan juga tanda tangan seniman yang melukisnya pada bahagian kiri dan kanat bonet hadapan.

Ford LTD Station Wagon ini dikuasakan oleh enjin petrol V6 3.8-liter yang mampu menghasilkan sehingga 120hp. Ianya juga digabungkan dengan transmisi automatik, dan berdasarkan odometer, kereta ini telah bergerak sejauh 144,000km.

Jom subscribe telegram Motoqar untuk berita pantas di: https://t.me/motoqar

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here