Tragedi stesen minyak: Kanak-kanak pulas throttle motosikal hingga langgar motosikal lain

1713

Di jalan raya, biasanya anda akan lihat penunggang motosikal menunggang bersama dengan kanak-kanak yang diletakkan pada bahagian hadapan.

Tindakan ini sudah tentu sangat bahaya dan berisiko besar mengakibatkan kemalangan.



Seperti kisah yang berlaku di Nganjuk, Indonesia, seorang kanak-kanak yang membonceng motosikal dan diletakkan pada bahagian hadapan telah menyebabkan satu kemalangan. 

Kejadian ini berjaya dirakam oleh kamera litar tertutup (CCTV) dan video tersebut dimuat naik oleh akaun Instagram infongajuk.

Pada mulanya, kelihatan seorang petugas stesen minyak mengisi minyak pada sebuah motosikal. Di belakangnya terdapat dua buah motosikal yang berbaris menunggu giliran mereka untuk mengisi minyak.

kanak-kanak motosikal

Kemudian, datang seorang lelaki yang menunggang motosikal jenis skuter bersama seorang pembonceng wanita dan pembonceng kanak-kanak yang diletakkan di bahagian hadapan.

Setelah berhenti untuk berbaris menunggu giliran, pembonceng wanita turun dari motosikal kecuali penunggang lelaki dan kanak-kanak tersebut. Tanpa diduga, motosikal tersebut secara tiba-tiba bergerak ke hadapan sehingga melanggar tiga motosikal yang berada di hadapannya.

Menurut pelbagai maklumat, kejadian tersebut disebabkan oleh pembonceng kanak-kanak yang berada di hadapan. Kanak-kanak tersebut mungkin menarik throttle minyak hingga menyebabkan motosikal tersebut melanggar tiga motosikal yang lain.

Ketika artikel ini ditulis, video tersebut mendapat sebanyak 34,647 tontonan dan 3,892 likes. Pelbagai komen dilontarkan kepada video ini, yang mengatakan punca kejadian tersebut bukanlah daripada kanak-kanak tersebut, melainkan ibu bapanya sendiri.

Lelaki yang menunggang motosikal tersebut dikatakan cuai kerana tidak mematikan enjin ketika berhenti untuk mengisi minyak dan tidak meletakkan tangan pada throttle minyak.

Jom subscribe telegram Motoqar untuk berita pantas di: https://t.me/motoqar

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here