Adakah ini rupa Honda Civic Type-R generasi baharu?

2643

Baru-baru ini, tular beberapa gambar di media sosial, difahamkan merupakan generasi baru bagi Honda Civic Type R. 

Civic Type R generasi baru

Prototaip Civic Type-R generasi baru ini juga dikatakan telah diuji sekitar bulan Mei yang lalu. Berdasarkan prototaip tersebut, generasi baru bagi Civic Type R kelihatan begitu berbeza dari model semasa, namun masih mengekalkan penampilan agresif dan sporti.



Pada mulanya, gambar-gambar tular tersebut dihasilkan oleh civicxi.com, yang menggabungkan reka bentuk prototaip model baru ini dengan Civic hatchback standard dan Accord model terbaharu.

Civic Type R generasi baru

Berdasarkan gambar, model ini mempunyai jarak roda yang lebih panjang dari model FK8R sekarang. Untuk bahagian hadapan, lampu kini lebih besar dan disertakan dengan ruangan kemasukan udara juga yang lebih kecil. Hood scoop pula kini telah tiada.

Dari pandangan sisi, fender depan dan belakang kelihatan lebih kembung, lengkap dengan rongga untuk aliran udara.

Civic Type R generasi baru

Untuk bahagian belakang, terdapat spoiler yang lebih kecil daripada model sekarang. Ia juga disertakan dengan empat lubang ekzos, berbanding tiga lubang ekzos pada model FK8.

Civic Type-R generasi terbaharu ini difahamkan akan menggunakan enjin 2.0-liter 4-silinder turbocharged yang boleh berfungsi dengan dua motor elektrik untuk roda belakang.

Enjin ini bukan sahaja akan menghasilkan lebih banyak kuasa – sekitar 400hp – malah akan menjadikan Civic Type-R ini AWD (pacuan semua roda). 

Honda juga dikatakan akan menyediakan sistem torque vectoring yang canggih. Walau bagaimanapun, masih belum ada keputusan dan pengumuman dari pihak Honda samada model baru ini akan menjadi hibrid atau tidak.

Jom subscribe telegram Motoqar untuk berita pantas di: https://t.me/motoqar

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here