Polis trafik ‘lekat’ di atas bonet hadapan ketika cuba tahan kereta guna nombor plat fancy

2297

Seorang anggota polis trafik terpaksa berada di atas bonet hadapan kereta sejauh hampir 400 meter ketika cuba menghentikan sebuah kereta di Delhi, India.

polis trafik

Berdasarkan dari rakaman kamera litar tertutup (CCTV), pegawai polis tersebut dilihat berada di bahagian hadapan dan memegang wiper kereta tersebut, sebelum dia terjatuh. Kakinya juga hampir digilis, selepas kereta tersebut dipandu melepasinya.



Kejadian tersebut difahamkan berlaku di wilayah Dhaula Kuan, Delhi selatan. 

Pada mulanya, pegawai polis trafik yang dikenali sebagai konstabel Mahipal Singh difahamkan cuba untuk menahan sebuah kereta yang menggunakan nombor plat fancy.

Dia berada di hadapan kereta tersebut untuk menghentikannya, dan bertindak melompat ke atas kereta sambil berpegang pada wiper kerana pemandunya cuba untuk melarikan diri.

“Menyedari tindakan saya itu, pemandu walau bagaimanapun tidak memperlahankan kereta dan bertindak memandu secara zig-zag untuk menjatuhkan saya,” kata konstabel Mahipal Singh.

Mahipal Singh tidak melepaskan pegangannya walaupun pemandu tersebut memandu secara zig-zag di kawasan jalan yang sangat sibuk. Dia akhirnya terjatuh setelah kereta dipandu sejauh 400 meter.

Pemandu kereta tersebut walau bagaimanapun berjaya ditangkap setelah dikejar oleh pihak polis sejauh 1km. Dia dikenali sebagai Shubham, yang merupakan penduduk Uttam Nagar, barat daya Delhi.

Jom subscribe telegram Motoqar untuk berita pantas di: https://t.me/motoqar

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here