Pencuri dibawa ke balai polis selepas ‘tersalah’ jual motosikal yang dicuri kepada pemilik

1608

Nasib malang dialami oleh seorang pencuri motosikal yang dikenali sebagai Andi, 20, kerana ‘tersalah’ menjual motosikal yang dicuri kepada pemilik asal motosikal tersebut.

Sebagai ‘ganjaran’ kepada perbuatan tersebut, Andi bukan sahaja tidak mendapat sebarang wang, malah dia dibawa ke balai polis kerana tindakannya tersebut.



Kejadian difahamkan berlaku di Riau, Indonesia.

Pada mulanya, Andi dikatakan mencuri motosikal mangsa di tempat letak kenderaan sebuah hotel yang terletak di Jalan Tuanku Tambusai, daerah Marpoyan Damai.

“Mangsa tinggal di hotel dan motosikalnya didapati hilang di tempat letak kenderaan ketika dia meninggalkan hotel,” kata polis Bukit Raya, AKP Ary Prasetyo.

Beberapa hari kemudian, mangsa diberitahu oleh rakannya bahawa motosikalnya yang hilang telah muncul di laman web jualan dalam talian.

pencuri motosikal

Mengetahui hal tersebut, mangsa dan rakannya kemudian cuba memikat si pencuri dengan mengakui bahawa mereka berminat untuk membeli kenderaan yang dijual.

Setelah mencapai kata sepakat, mangsa dan pencuri tersebut kemudian bersetuju untuk bertemu dan melakukan transaksi di sisi Jalan Yos Sudarso, Kabupaten Rumbai, Pekanbaru.

Setelah mereka berjumpa, pencuri tersebut ditangkap dan diserahkan kepada pihak polis. 

Pencuri dan motosikal yang dicuri dibawa ke balai polis Bukit Raya untuk siasatan lanjut dan berkemungkinan besar akan meringkuk ke dalam penjara kerana tindakannya itu.

Jom subscribe telegram Motoqar untuk berita pantas di: https://t.me/motoqar

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here