Bahaya! Ini sebab kenapa ‘hand sanitizer’ tidak digalakkan letak dalam kereta

2044

Berikutan keadaan dunia yang kini dilanda pandemik Covid-19, pasti ramai diantara kita yang mengutamakan langkah pencegahan dan akan sentiasa menggunakan cecair pembasmi kuman (hand sanitizer).

hand sanitizer

Bagi mengelakkan diri daripada dijangkiti dengan virus yang telah membunuh jutaan nyawa di seluruh dunia ini, hand sanitizer kini merupakan salah satu barangan yang perlu sentiasa ada bersama kita terutamanya ketika berada di tempat awam.



Boleh dikatakan, sebilangan dari kita akan menyimpan cecair pembasmi kuman ini di dalam kereta untuk digunakan sekiranya terlupa bawa dan terpaksa berurusan di tempat-tempat yang berisiko tinggi untuk dijangkiti.

Walaupun begitu, tahukah anda bahawa dengan menyimpan hand sanitizer di dalam kereta boleh mendatangkan bahaya terutamanya sekiranya terdedah kepada cahaya matahari.

Berdasarkan perkongsian di Facebook milik Fatimah Salim, dia ada menyatakan perkara tersebut. 

Menurut Fatimah, cecair pembasmi kuman tidak digalakkan ditinggalkan di dalam kereta kerana kebanyakannya mengandungi 70 peratus alkohol.

Alkohol ini akan mudah meruap kepada sifat fizikal gas terutamanya dalam suhu yang tinggi (panas dalam kereta). Molekul-molekul yang terperangkap dalam bekas hand sanitizer boleh mencapai tekanan yang tinggi dan boleh menyebabkan letupan.

“Walaupun kes letupan jarang berlaku, namun berwaspada itu lebih baik,” kata Fatimah.

Jom subscribe telegram Motoqar untuk berita pantas di: https://t.me/motoqar

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here