Ini punca kenapa Achey ada motosikal sampai 28 buah!

2179

Minat terhadap dunia permotoran biasanya mendorong seseorang untuk memiliki dan mengumpul sesebuah kenderaan. Begitu juga dengan Achey, seorang pelawak, yang mengakui dia mempunyai banyak koleksi motosikal pelbagai jenis berikutan minatnya dalam dunia permotoran.

achey

Achey atau nama sebenarnya, Mohd Nasir Hamzah, 34, dikatakan sehingga kini masih memiliki sebanyak 28 buah motosikal dalam simpanannya biarpun sebahagiannya sudah dijual.



Begitupun, jelas Achey, kebanyakan motosikal yang dimilikinya itu difahamkan merupakan barang cagaran individu yang membuat pinjaman wang daripadanya.

Tambahnya, pemilik datang ingin meminjam wang dan mencagarkan motosikal milik mereka, tetapi hingga sekarang belum datang mengambil semula.

achey

Ada di antara motosikal itu yang dilihat agakĀ rareĀ dan menarik, maka Achey ambil dan baiki menjadi lebih menarik.

Menurutnya, sebahagian daripada koleksi motosikalnya juga sudah dijual untuk dijadikan modal ketika ingin membeli rumah.

Disebabkan jumlah yang banyak, Achey difahamkan terpaksa menyimpan motosikal tersebut di beberapa tempat berasingan termasuk di kampungnya.

Sebahagian koleksinya itu juga ada yang dibeli, namun Achey menyatakan dia bukanlah peminat motosikal berkuasa besar.

Dia sebaliknya lebih meminati motosikal motocross.

Jom subscribe telegram Motoqar untuk berita pantas di: https://t.me/motoqar

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here