Ustaz Ebit Lew beli air 2 buah lori besar untuk agih kepada penduduk terjejas

1864

Umum mengatahui bahawa Lembah Klang kini menghadapi masalah gangguan air. Kes ini mendapat perhatian dari Ustaz Ebit Lew yang terkenal dengan sifatnya yang suka menderma.

Pendakwah itu difahamkan sanggup membeli air sebanyak dua buah lori besar, bertujuan untuk diagihkan kepada beberapa kawasan di Selangor termasuk Pinggiran Batu Caves.



“Sayu hati rasa. Selangor tiada air. Saya beli air 2 lori besar untuk diagihkan. Dari 10 malam kami keluar rumah uruskan sampai subuh dan sekarang masih belum selesai mengagihkan air di area pinggiran Batu Caves.” 

Ustaz Ebit Lew

“Bila saya tengok rumah saya tiada air. Saya cepat-cepat belikan air mineral untuk anak-anak. Saya fikir macam manalah orang diluar sana. Ya Allah. Sekali tengok orang beratur. Paling sayu pakcik makcik tua-tua nak air. Ada yang saya minta anak muda bersama saya bantu angkatkan,” kata Ustaz Ebit Lew menerusi laman Facebook rasmi miliknya.

Semalam, LRA SSP 1, Fasa 2, Fasa 3 dan Rantau Panjang terpaksa dihenti tugas berikutan pencemaran bau sumber air mentah dikesan di Sungai Selangor pada jam 2 pagi.

Ustaz Ebit Lew

Akibatnya, berlaku gangguan bekalan air tidak berjadual membabitkan 1,196,457 akaun merangkumi 1,292 kawasan di Kuala Lumpur, Petaling, Klang, Shah Alam, Kuala Selangor, Hulu Selangor, Gombak dan Kuala Langat.

“Ada adik kecil-kecil sangat datang ambil air. Untuk masak dan minum agaknya. Ya Allah. Bantulah semua negeri-negeri yang ada masalah air permudahkanlah Ya Allah. Bukalah jalan buat kami semua.”

“Pohon doa yer. Ramai sangat yang minta tolong. Ada pusat dialisis dan klinik pun memerlukan. InsyaAllah doakan semuanya dimudahkan,” tambah Ustaz Ebit Lew.

Jom subscribe telegram Motoqar untuk berita pantas di: https://t.me/motoqar

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here