PKPB: Cubaan masuk ke Kelantan gagal, 30 individu diarah berpatah balik

1441

Disebabkan tidak mempunyai surat kelulusan daripada pihak polis, seramai 30 individu yang cuba memasuki Kelantan diarah untuk berpatah balik.

Menurut Ketua Polis Kelantan, Deputi Komisioner Shafien Mamat, kesemua mereka diarah berpatah balik ketika melalui dua sekatan jalan raya (SJR) di Pasir Puteh.



Difahamkan, walaupun tidak sampai 24 jam SJR dilakukan, sudah 30 individu diarah berpatah balik kerana tiada surat polis.

Kesemua mereka daripada Terengganu dan selepas didapati tiada surat polis, pihak polis terpaksa bertindak sedemikian.

Walau bagaimanapun, dua SJR lagi iaitu di Jeli dan Gua Musang, kesemua pemandu dari luar negeri mematuhi arahan dan mempunyai surat kebenaran.

Kita akan memperketat kawalan SJR di empat lokasi dan hanya membenarkan individu yang mempunyai surat kebenaran sahaja yang boleh keluar masuk ke Kelantan, kata Shafien 

“Patuhilah SOP yang ditetapkan dan jangan sesekali cuba merentas negeri tanpa mempunyai surat kebenaran.”

Jom subscribe telegram Motoqar untuk berita pantas di: https://t.me/motoqar

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here