Donald Trump jual helikopter peribadi selepas kalah pemilihan presiden

2391

Selepas kalah dalam pemilihan Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump difahamkan menjual helikopter peribadi miliknya dengan harga melebihi USD1 juta (RM4.1 juta).

donald trump

Helikopter tersebut ialah jenis Sikorsky S-76B, yang pernah digunakan Trump ketika bertugas di White House bermula tahun 2016. Penampilan helikopter ini kini dikatakan telah diubah, dimana sebelum ini nama Trump tertera pada bahagian belakangnya.



Helikopter dengan kod pendaftaran sivil N76DT tersebut difahamkan kini disimpan di New Jersey.

Walaupun harga rasmi helikopter ini masih belum didedahkan secara rasmi, menurut New York Times ianya bernilai sekitar USD875,000 (RM3.6 juta).

Malah, menurut autevolution.com, harga tersebut mungkin meningkat kepada USD1.5 juta (RM6.1 juta) disebabkan ia pernah digunakan oleh Trump.

Helikopter ini dilengkapi dengan tempat duduk dengan kemasan kulit untuk enam penumpang, kemasan kayu mahogany pada lantai dan bumbung, kabinet minuman dan ruangan kabin kalis bunyi.

Untuk makluman, jenis helikopter ini adalah model sama yang terlibat dalam nahas maut yang mengorbankan legenda bola keranjang, Kobe Bryant pada Januari 2019.

Helikopter jenis Sikorsky S-76B ini bukanlah satu-satunya yang dimiliki oleh Donald Trump. Menurut independent.co.uk, Trump memiliki tiga helikopter jenis yang sama dan beberapa buah jet peribadi.

Jom subscribe telegram Motoqar untuk berita pantas di: https://t.me/motoqar

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here