Perodua Myvi langgar kereta peronda polis, dua anggota cedera

2204

Dua anggota polis cedera selepas kereta peronda dinaiki mereka terbabit kemalangan di Jalan Mutiara Emas 7, Mount Austin semalam.

myvi kereta peronda

Kejadian berlaku kira-kira jam 11 pagi selepas pemandu sebuah Perodua Myvi tidak sempat menekan brek dan merempuh kereta peronda terbabit dari belakang.



Menurut Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan (JBS), Asisten Komisioner Mohd Padzli Mohd Zain, akibat pelanggaran itu, kereta peronda berkenaan terbabas dan melanggar tiang di tengah pembahagi jalan.

“Kedua-dua kenderaan mengalami kerosakan, dengan pemandu dan kru kereta peronda polis mengalami kecederaan, katanya.

Kes disiasat mengikut Seksyen 43(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 kerana memandu dengan tidak cermat.

Jom subscribe telegram Motoqar untuk berita pantas di: https://t.me/motoqar

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here