Perlu kelulusan terbangkan dron untuk elak didenda RM50,000

2329

Dron atau pesawat tanpa juruterbang (kawalan jauh) dianggap barang mewah kerana harganya yang agak mahal semasa mula diperkenalkan. Tambahan lagi ia berspesifikasi agak tinggi kerana pada asalnya dicipta untuk kegunaan ketenteraan.

Namun perkembangan pantas teknologi menjadikan dron semakin murah dan mampu milik. Harga dron dijual semurah RM50 hingga RM1,000 untuk gred permainan dan RM1,500 hingga RM60,000 untuk gred hobi, bergantung kepada spesifikasi yang dipasang di dalam dron itu sendiri.



Syma X8HG, salah satu dron gred permainan tapi dilengkapi ciri terkini seperti GPS dan kamera beresolusi tinggi.

Keupayaan dron merakam panorama indah dari pandangan tinggi menimbulkan minat dan menjadi kegilaan pengguna. Malah ia menjadi hobi komersial dan peralatan penting terutamanya di kalangan jurugambar dan juruvideo.

Namun kini, peminat mahupun pemilik dron perlu mendapatkan permit kelulusan daripada pihak berkaitan sebelum menerbangkannya di sesuatu kawasan.

Tidak boleh lagi sesuka hati membuat penerbangan tanpa sebarang kelulusan bagi mengelakkan daripada didakwa atau dikenakan tindakan.

Jadi, kepada siapa dan bagaimana kita mendapatkan permit?

Kebenaran permit boleh didapati daripada Pihak Berkuasa Penerbangan Awam Malaysia (CAAM) agar aktiviti menerbangkan dron dapat dijalankan di kawasan yang dibenarkan.

Cara untuk membuat permohonan juga cukup mudah! Anda hanya perlu lakukan tiga langkah mudah ini untuk memohon:

  1. Layari laman sesawang https://www.caam.gov.my/
  2. Muat turun borang permohonan dan lengkapkan butiran yang dipinta.
  3. Permohonan yang lengkap perlu dihantar ke DRONE.AFT@CAAM.GOV.MY

Permohonan perlu dibuat 14 hari sebelum hari dron dirancang untuk terbang.

Menerbangkan dron tanpa permit adalah salah mengikut Peraturan-Peraturan Penerbangan Awam Malaysia 2016 (MCAR 2016).

Kesalahan mengendalikan dron tanpa kebenaran boleh dikenakan denda minimum RM50,000 atau tiga tahun penjara atau kedua-dua sekali bagi individu manakala denda maksimum RM100,000 untuk badan korporat.

Jom subscribe telegram Motoqar untuk berita pantas di: https://t.me/motoqar

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here