Polis Johor buru pemilik nombor plat ‘fancy’, mula dengan anggotanya

2158

Polis Johor akan memburu pemilik kenderaan yang menggunakan nombor pendaftaran tidak ikut spesifikasi atau fancy.

Ia akan dimulakan dari dalam kalangan pegawai dan anggotanya di negeri itu, bermula hari ini.

Ketua Polis Johor, Datuk Ayob Khan Mydin Pitchay. Sumber: Berita Harian

Ketua Polis Johor, Datuk Ayob Khan Mydin Pitchay, berkata pihaknya tidak akan berkompromi dan bertolak ansur dengan pegawai, anggota polis serta agensi penguatkuasa lain.



Katanya, “Kita akan mulakan di Ibu Pejabat Polis Kontijen (IPK) Johor dahulu. Kita bercakap soal masyarakat tetapi ada antara pegawai dan anggota polis yang tidak ikut peraturan.

Ayob menambah, “Sejak Januari hingga hari ini, sebanyak 9,985 saman dikeluarkan terhadap kesalahan menggunakan nombor kenderaan fancy.

Menurut Ayob lagi, antara alasan diberikan adalah mahukan keunikan, gaya lain dari yang lain, serta ahli perniagaan yang mahu tunjuk status mereka menerusi nombor pendaftaran fancy ini.

Beliau berkata demikian pada sidang media kaunter semakan dan tawaran diskaun saman 50 peratus Kontinjen Johor di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Johor Bahru Utara (JBU) hari ini.

“Bermula hari ini hingga 31 Disember, polis akan menjalankan Ops Khas bagi kesalahan lampu isyarat dan nombor pendaftaran kenderaan fancy”, kata Ayob.

“Ia termasuk mengubah plat kenderaan kerana mahukan kelainan dari segi huruf dan nombor dengan cara merapat atau menjarakkannya hingga mengelirukan serta sukar dibaca.

“Kesannya, apabila penguatkuasa laju, kes langgar lari dan pembabitan dalam kes jenayah yang memerlukan pengecaman plat kenderaan (tetapi tidak dapat dilakukan), individu ini terlepas daripada tindakan undang-undang.

Pemilik nombor kenderaan fancy atau tidak ikut spesifikasi boleh dikenakan tindakan Seksyen 14 (4) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987, Rule 6 (1) LN173/69 dan Seksyen 108 (3) (F) APJ 1987.

Mengenai hari pertama tawaran diskaun saman, Ayob Khan berkata, seramai 1,050 individu membayar 2,300 saman dengan catatan kutipan RM152,720.

Katanya, mengikut statistik saman dari 2000 hingga 30 November lalu, hanya 27 peratus membayar saman membabitkan RM3.6 juta, manakala bakinya belum membayar RM9.6 juta saman keseluruhan.

“Saman layak mendapat diskaun kecuali berstatus bicara mahkamah, kesalahan Op Selamat tahun semasa, kemalangan tahun semasa, berstatus waran tangkap tahun semasa, membabitkan motolori 2018, 2019 dan 2020 serta berstatus No Compoundable (NC) 2018, 2019 dan 2020,” katanya.

Jom subscribe telegram Motoqar untuk berita pantas di: https://t.me/motoqar

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here