Semua plaza tol LEKAS kini guna teknologi RFID

2728

Bermula semalam, teknologi ‘Radio Frequency Identification’ (RFID) boleh digunakan di semua plaza tol Lebuhraya Kajang-Seremban (LEKAS).

Menurut satu kenyataan LEKAS, pembayaran tol secara RFID dapat melancarkan aliran trafik di lorong tol memandangkan pengguna tidak perlu lagi berhenti menyentuh kad di panel kad Touch ‘n Go dan boleh menggunakannya di semua plaza tol LEKAS sama ada sistem tol terbuka atau tertutup.



Tambah LEKAS, sistem RFID ialah mod pembayaran elektronik terkini yang diperkenalkan di semua lebuh raya sistem tol terbuka pada Januari tahun ini, tambahan kepada cara pembayaran sedia ada kad Touch n’ Go dan SmartTAG.

Pengguna lebuh raya yang telah mempunyai pelekat RFID diingatkan agar sentiasa memastikan e-dompet mereka mempunyai baki mencukupi bagi menikmati perjalanan yang lancar dan selesa.

RFID LEKAS

“Dengan RFID, pengguna dapat membuat transaksi bayaran tol dengan lebih mudah dan selesa, malah tiada kos penyelenggaraan memandangkan pelekat RFID tidak memerlukan bateri, kata LEKAS dalam satu kenyataan.

“Tambah nilai boleh dibuat dalam talian kerana sistem RFID menggunakan pelekat yang dihubungkan dengan e-dompet Touch n’ Go. Hal ini memudahkan orang ramai membuat transaksi tambah nilai tanpa perlu ke pusat khidmat pelanggan atau lokasi tambah nilai, tambahnya.

Memandangkan pelekat RFID ditampal pada kenderaan, ia tidak mudah hilang atau mempunyai masalah diletak terbalik atau bateri lemah seperti ‘On Board Unit’ SmartTAG.

Mereka yang hendak mendapatkan pelekat RFID atau ingin maklumat lanjut, boleh melayari rfid.touchngo.com.my.

Jom subscribe telegram Motoqar untuk berita pantas di: https://t.me/motoqar

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here