Pencuri ‘rembat’ pintu Perodua Myvi, barang berharga lain selamat

2205

Kes kecurian yang melibatkan kenderaan bukanlah perkara yang asing bagi masyarakat di negara kita. Ada pemilik yang terus kehilangan kenderaan, dan ada pemilik yang hanya kehilangan barang berharga di dalam kenderaan.

pintu perodua myvi

Namun, kes kecurian yang kami akan ceritakan ini agak pelik kerana hanya dua pintu sebuah Perodua Myvi yang dicuri, namun barang berharga lain yang terdapat dalam kereta tersebut selamat.



Kes kecurian yang agak pelik ini dikongsi akaun Twitter milik @amalee17, yang menyatakan pintu Myvi yang dicuri tersebut merupakan milik rakannya. Pengguna Twitter ini turut menasihatkan pemilik supaya berhati-hati ketika meletakkan kereta di tepi jalan.
 
Tambahnya, ketika membuat laporan polis, pihak polis juga merasakan kes ini agak pelik memandangkan ianya pertama kali berlaku. 

Walaupun begitu, pemilik Myvi bernasib baik kerana kereta tersebut mempunyai insurans dan kejadian ini boleh dituntut dalam insurans. Tambah @amalee17, kejadian ini berlaku di Kepong.
 
Jom subscribe telegram Motoqar untuk berita pantas di: https://t.me/motoqar

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here