Polis tembak tayar lori lebih muatan, pandu secara zig-zag

2369

Polis melepaskan dua tembakan bagi menahan pemandu lori yang enggan berhenti, sebaliknya memecut dan memandu secara zig-zag di Lebuhraya Penyuraian Trafik Timur Johor (EDL), Johor Bahru.

lori zig-zag

Kejadian difahamkan berlaku pada 17 Disember pada jam 7.45 pagi.



Ekoran itu, polis terpaksa menembak tayar lori yang membawa muatan batu berlebihan, sebelum menahannya di Kilometer 7 lebuh raya berkenaan berhampiran Kawasan Rehat dan Rawat (R&R) Pandan.

Menurut Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan, Asisten Komisioner Mohd Padzli Mohd Zain, pemandu itu enggan berhenti walaupun diberi amaran oleh Jabatan Siasatan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Ibu Pejabat Polis Kontijen (IPK) Johor.

lori zig-zag

“Semasa operasi dijalankan polis trafik mengesan lori berkenaan membawa muatan batu disyaki melebihi had, kata Mohd Padzli.

“Anggota trafik menggunakan pembesar suara dan menyalakan lampu biru serta membunyikan siren amaran supaya pemandu lori itu memberhentikan kenderaan tetapi ia tidak dihiraukan.

“Malah, pemandu terbabit terus memecut laju menghala ke lorong masuk Bangunan Sultan Iskandar (BSI), tambahnya.

Mohd Padzli berkata, anggota trafik mengejar lori yang dipandu berbahaya dan secara zig-zag, malah menghimpit kenderaan polis.

Beliau berkata, tindakan itu menyebabkan polis terpaksa melepaskan dua das tembakan pada tayar lori berkenaan bagi mengelakkan kejadian lebih buruk kepada pengguna jalan raya.

Pemandu itu memberhentikan kenderaannya kerana dua tayarnya pecah. Dia cuba melarikan diri tetapi berjaya ditangkap sekitar 100 meter dari lokasi kejadian.

Suspek difahamkan tiada rekod jenayah lampau tetapi mempunyai sembilan rekod saman kesalahan trafik. Ujian saringan awal air kencing mendapati suspek positif d4dah jenis meth4mphet4mine.

Suspek didapati membawa muatan melebihi had dan lesen kenderaan barangan Lesen Kenderaan Perdagangan (GDL) tamat tempoh.

Kes disiasat mengikut Seksyen 42 Akta Pengangkutan Jalan 1987, Seksyen 45 APJ 1987, Seksyen 57(3) Akta Pengangkutan Awam Darat 2010, Seksyen 307, Seksyen 186 dan Seksyen 15(1) Akta D4dah Berbahaya 1952.

Jom subscribe telegram Motoqar untuk berita pantas di: https://t.me/motoqar

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here