16 rider FoodPanda kena ‘prank’, terima tempahan dari alamat sama

1599

Seramai 16 penghantar makanan FoodPanda di Manila, Filipina menerima gurauan kasar atau ‘prank‘, apabila mereka menerima tempahan dari alamat yang sama.

prank foodpanda

Kisah ini dikongsikan oleh akaun Facebook milik Rome Vladimir Agito Cuevas, yang menyatakan kesemua penghantar makanan tersebut berkumpul di hadapan rumahnya setelah menerima pesanan dari seorang pelanggan tidak wujud yang bernama Keisha Bernabe.



“Tolong kasihan kepada penghantar makanan FoodPanda ini. Ada banyak pesanan makanan dan anda telah menggunakan alamat kami. Adakah ini untuk sesuatu pesta?  kata Cuevas.

“Kami terkejut ketika mereka tiba satu demi satu. Tetapi mereka tidak mempunyai nombor untuk menghubungi kami. Itu hanya alamat kami yang digunakan pelaku yang tidak bertanggungjawab tersebut,” tambahnya.

prank foodpanda

Cuevas berkata, penghantaran itu bernilai sehingga PHP1,900 (RM157.00) dan dihantar ke rumahnya dengan penghantaran tunai atau ‘cash on delivery’.

Dia mengatakan bahawa mungkin dia adalah sasaran mereka yang suka membuat ‘prank’. Tidak mungkin FoodPanda mengalami gangguan dan menghantar banyak penunggang ke rumahnya kerana dia tidak menggunakan aplikasi FoodPanda pada hari tersebut.

Kasihan dengan nasib yang menimpa penghantar makanan tersebut, Cuevas membayar empat penghantaran yang ditempah, manakala tempahan yang lain dibayar oleh jirannya.

Prank‘ seperti ini sememangnya sesuatu yang sangat tidak bertanggungjawab dan bukanlah sesuatu yang positif untuk dilakukan.

Jom subscribe telegram Motoqar untuk berita pantas di: https://t.me/motoqar

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here