Bugatti guna La Voiture Noire sebagai hiasan sempena hari Krismas

1432

Sebahagian besar sambutan Krismas pada tahun ini di seluruh dunia terpaksa dibatalkan kerana serangan pandemik Covid-19, termasuk di Molsheim, Perancis yang merupakan ibu pejabat Bugatti.

Bugatti La Voiture Noire

Walaupun begitu, pengeluar tersebut membuat keputusan untuk menyambut cuti musim sejuk atau hari Krismas dengan menjadikan sebuah Bugatti La Voiture Noire sebagai sebuah hiasan.



Hypercar yang berharga sekitar USD13.4 juta (RM54.1 juta) ini diletakkan dalam suatu bekas kaca, dan dipamerkan di sebelah pokok Krismas yang terdapat di bandar Molsheim.

Bugatti La Voiture Noire

“Saya sangat berterima kasih kepada Bugatti kerana hadiah yang luar biasa ini untuk bandar kami, kata Datuk Bandar Molsheim, Laurent Furst.

“Sekarang semua penduduk Molsheim mendapat peluang yang sangat istimewa untuk mengagumi karya unik ini, iaitu model La Voiture Noire yang sudah tentu sangat dibanggakan oleh Ettore Bugatti, tambahnya.

Bugatti La Voiture Noire

Diperkenalkan pada Geneva Motor Show tahun lepas, La Voiture Noire yang membawa maksud ‘The Black Car’ dihasilkan khas bagi menandakan ulang tahun ke-110 Bugatti.

Selain itu, hypercar ini juga dihasilkan sebagai penghormatan kepada model Type 57 SC Atlantic yang dihasilkan oleh Jean Bugatti, dimana model ini hilang pada Perang Dunia Kedua dan tidak pernah dijumpai sehingga kini.

Untuk makluman, hypercar ini dikuasakan oleh enjin W16 8.0-liter quad-turbo yang mampu menghasilkan sehingga 1,479hp dan 1,600Nm tork.

Jom subscribe telegram Motoqar untuk berita pantas di: https://t.me/motoqar

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here