Plat khas ganti pelekat pada kenderaan OKU

2148

Penggunaan pelekat kenderaan Orang Kurang Upaya (OKU) akan digantikan dengan plat kenderaan khas untuk golongan tersebut.

orang kurang upaya

Cadangan penggunaan plat kenderaan OKU itu dipersetujui dalam mesyuarat Majlis Kebangsaan Bagi Orang Kurang Upaya (MKBOKU) Bilangan 1 Tahun 2020, yang dipengerusikan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Datuk Seri Rina Mohd Harun, hari ini.



Menurut kenyataan dari Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM), persetujuan penggunaan plat kenderaan OKU itu adalah mengambil kira kepentingan dan keperluan golongan itu serta waris yang memerlukan kemudahan itu disebabkan oleh limitasi mobiliti dan faktor keselamatan.

Tambah kenyataan tersebut, kategori OKU yang layak bagi penggunaan plat kenderaan itu adalah kategori Fizikal, Sub Kategori OKU Pembelajaran iaitu ‘Kurang Daya Tumpuan dan Hiperaktif (ADHD) Akut, Autism Akut, OKU Kategori Pelbagai dan Waris OKU berkenaan (satu waris)’ yang berdaftar dengan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM).

Cadangan ini akan membolehkan penguatkuasaan terhadap penyalahgunaan fasiliti OKU dapat dilaksanakan secara bersepadu dan meluas oleh pihak berkuasa.

Penggunaan plat kenderaan OKU yang dibentangkan oleh Kementerian Pengangkutan itu adalah, antara dua cadangan yang dikemukakan pada mesyuarat hari ini, selain penubuhan Yayasan Pembangunan Orang Kurang Upaya (YPOKU) oleh Sekretariat Pembangunan Inklusiviti Pertubuhan Kebangsaan Orang Kerdil Malaysia.

Jom subscribe telegram Motoqar untuk berita pantas di: https://t.me/motoqar

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here