Berbasikal sambil dukung anak undang risiko keselamatan, boleh dikenakan tindakan – polis

1239

Selain mengundang risiko keselamatan, tindakan seorang wanita berbasikal sambil mendukung anak di belakang badannya bahkan boleh dikenakan tindakan undang-undang jika berlaku kemalangan.

gambar hiasan

Itu reaksi diberi Pengarah Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaaan Trafik (JSPT) Bukit Aman Datuk Azisman Alias mengenai satu gambar wanita itu yang tular di media sosial sehingga mengundang pelbagai reaksi warganet.

Menurut Azisman, aktiviti berbasikal memang menjadi trend ketika ini, namun tidak semua memandang serius mengenai peraturan, undang-undang dan keselamatan di jalan raya.



Justeru, beliau menyelar tindakan wanita yang membawa anak kecil ketika berbasikal sehingga gambarnya tular di media sosial itu kerana ia mendatangkan risiko keselamatan diri serta anaknya.

“Cara berbasikal juga tidak mengikut peraturan jalan raya ditetapkan apabila tidak berada dalam satu barisan serta menyusahkan pengguna jalan raya yang lain, tambah Azisman.

Keselamatan berbasikal

Azisman berkata, kesalahan menunggang basikal secara berbahaya boleh diambil tindakan mengikut Seksyen 54(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Katanya, sekiranya berlaku kemalangan dan mendatangkan mudarat kepada anak yang dibawa ketika melakukan aktiviti itu, mereka boleh didakwa mengikut Akta Kanak-Kanak 2001 kerana kecuaian.

Justeru, beliau menyeru orang awam supaya mengikut peraturan jalan raya dan menghindarkan diri daripada melakukan aktiviti berbasikal yang boleh membahayakan keselamatan.

Jom subscribe telegram Motoqar untuk berita pantas di: https://t.me/motoqar

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here