Anda kini boleh beli ekzos jentera MotoGP Marc Marquez, hanya RM11k

1816

Sebagai seorang peminat sejati, memiliki barang-barang kepunyaan orang yang diminati sudah tentu menjadi suatu kepuasan dalam diri.

Kali ini, Honda Racing Corporation (HRC) menawarkan satu barang terhad iaitu paip ekzos, khas kepada peminat sejati Marc Marquez.



Sebelum ini, Honda menghasilkan sebanyak tujuh unit paip ekzos jentera MotoGP yang digunakan oleh Marc Marquez pada musim MotoGP 2018 dan 2019. Pada dua musim tersebut, Marc Marquez berjaya memperoleh gelaran juara MotoGP.

Kini kesemua tujuh unit paip ekzos Honda RC213V yang ditunggang oleh Mar Marquez tersebut akan dijual kepada para peminatnya.

Tiga unit daripada paip ekzos tersebut digunakan pada musim 2019 dan selebihnya pada musim 2018.

paip ekzos Marc Marquez

Untuk memiliki paip ekzos ini, seseorang perlu membelanjakan sekitar 300,000 yen (RM11,780) termasuk cukai dan ianya akan mula dijual dalam masa yang terhad iaitu bermula pada jam 12.00 tengah hari pada 11 Januari 2021 hingga 11.59 malam pada 24 Januari 2021.

Semua butiran lanjut mengenai paip ekzos Marc Marquez ini boleh didapati di laman web rasmi Honda.

Jom subscribe telegram Motoqar untuk berita pantas di: https://t.me/motoqar

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here