Lewis Hamilton menangi anugerah BBC Sports Personality 2020

1022

Juara Formual 1 tujuh kali, Lewis Hamilton baru-baru ini memenangi BBC Sports Personality of the Year, iaitu anugerah personaliti sukan. Ianya merupakan kali kedua Hamilton memenangi anugerah dari BBC itu.

Hamilton menerima anugerah ini selepas berakhirnya musim 2020 dimana dia telah memecahkan rekod juara dunia yang dipegang oleh Michael Schumacher iaitu 91 kemenangan. Hamilton kini memperoleh 95 kemenangan.



2020 British Grand Prix,Sunday – LAT Images

Kemenangan pemandu Mercedes-AMG F1 itu adalah dari undian awam. Kapten Liverpool FC, Jordan Henderson di tempat kedua manakala pemain hoki Hollie Doyle di tempat ketiga.

Hamilton pada 2014 memenangi anugerah BBC ini untuk kali pertama, dan pernah berada di tempat kedua sebanyak empat kali.

“Saya tidak menjangkakan begitu banyak calon hebat-hebat belaka,” kata Hamilton. Dia juga menujukan penghormatan kepada pekerja-pekerja barisan hadapan atas usaha mereka tahun ini.

Hamilton kini salah seorang dari empat individu yang pernah memenangi anugerah Sports Personality ini dua kali. Ini termasuklah juara F1 Nigel Mansell dan Damon Hill. Bintang tenis Andy Murray pula pernah menang tiga kali.

Sementara itu, lagenda F1, Stirling Moss dan Jackie Stewart kedua-duanya pernah merangkul angerah itu, manakala John Surtees pula (satu-satunya pemandu yang menjadi juara dunia dalam perlumbaan dua dan empat roda) menerima anugerah sama atas kejayaannya dalam perlumbaan motosikal.

Jom subscribe telegram Motoqar untuk berita pantas di: https://t.me/motoqar

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here