PLUS sedia 221 pasukan rondaan sempena hadapi sambutan Tahun Baharu dan Krismas

1050

Seramai 221 pasukan rondaan disediakan oleh PLUS Malaysia Berhad (PLUS) dan Senai-Desaru Expressway (E22) di Lebuh raya Utara-Selatan dan E22 sebagai persediaan menghadapi sambutan Krismas dan Tahun Baharu.

pasukan rondaan PLUS

Menurut Pengarah Urusan PLUS, Datuk Azman Ismail, pasukan yang terdiri daripada 548 pegawai PLUSRonda dan Pasukan Keselamatan E22 tersebut akan melakukan rondaan secara berterusan di kedua-dua lebuh raya.



“Kehadiran mereka adalah untuk menjaga perjalanan orang ramai yang akan bercuti menyambut Krismas dan Tahun Baharu serta memberikan bantuan kepada pelanggan pada bila-bila masa,” kata Azman.

“Lebuhraya Utara-Selatan dan E22 menyediakan perjalanan lebih pantas dan lebih selesa ke Desaru menerusi Persimpangan Senai Utara yang mengambil masa kurang daripada 1 jam,” tambahnya.

Beliau berkata di E22, pengguna lebuh raya memerlukan masa kira-kira 45 minit untuk sampai ke Persimpangan Bandar Penawar dengan jarak perjalanan 70km.

Azman berkata pengguna terbabit boleh meneruskan perjalanan ke Desaru melalui Jalan Persekutuan FT92 dengan jarak kira-kira 10 kilometer menerusi E22 dari Persimpangan Senai Utara PLUS.

Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif Senai-Desaru Expressway Berhad (SDEB), Jamal Abd Nasir Taharim berkata, kawasan Rehat dan Rawat (R&R) yang disediakan di kedua-dua lebuh raya dapat membantu pengguna menikmati perjalanan selesa.

“R&R PLUS yang berada di Seremban, Ayer Keroh, Pagoh dan Machap serta R&R E22 di R&R Layang menyediakan pelbagai jenis kemudahan untuk kegunaan pengguna lebuh raya,” kata Jamal.

PLUS dan E22 juga menasihati orang ramai yang melakukan perjalanan untuk bercuti hujung tahun ini supaya sentiasa mematuhi semua peraturan jalan raya yang ditetapkan serta menyediakan kemudahan pembayaran seperti Touch ‘n Go dan e-Dompet dengan jumlah wang yang mencukupi. 

Jom subscribe telegram Motoqar untuk berita pantas di: https://t.me/motoqar

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here