Covid-19: Tambah seminggu lagi, Arab Saudi lanjut tempoh larangan penerbangan antarabangsa

1134

Arab Saudi semalam mengumumkan lanjutan seminggu lagi bagi tempoh larangan penerbangan komersial antarabangsa.

penerbangan arab saudi

Kementerian Dalam Negeri juga mengumumkan lanjutan larangan keluar dan masuk ke negara itu menerusi laluan darat dan laut bagi tempoh sama.



Arab Saudi pada 20 Disember memutuskan untuk menangguhkan sementara penerbangan antarabangsa untuk pelancong, kecuali bagi kes-kes tertentu selama seminggu dan dilanjutkan seminggu lagi.

Perintah ini turut merangkumi kemasukan melalui darat dan pelabuhan, sebagai sebahagian daripada langkah pencegahan Covid-19 selepas penyebaran varian baharu virus itu dikesan di beberapa negara.

Bagaimanapun, keputusan itu tidak membabitkan pergerakan barang, komoditi, dan rantaian bekalan.

Individu bukan warganegara dibenarkan meninggalkan negara tersebut melalui penerbangan, dengan mematuhi langkah pencegahan yang dilaksanakan Kementerian Kesihatan. 

Jom subscribe telegram Motoqar untuk berita pantas di: https://t.me/motoqar

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here