Ini sebabnya kereta mewah di Dubai ditinggalkan begitu sahaja

4526

Satu masa dahulu, kereta mewah adalah lambang gaya hidup mereka yang tinggal di Dubai.

Tapi kini, kereta-kereta ini hanya mampu dipandang dan menjadi pujaan atas desakan kewangan.

Kereta mewah dan mahal itu kini hanya ditinggalkan dan dibiar di lapangan terbang oleh pemiliknya kerana mereka mahu mengelakkan diri daripada dipenjara atas semua hutang-hutang yang tidak lagi mampu dilangsaikan.



Kebanyakan pemilik kereta mewah telah meninggalkan kereta milik mereka di lapangan terbang dan pulang ke negara mereka tanpa menjual kereta-kereta ini daripada berdepan dengan hukuman dan undang-undang yang ketat di Dubai.

Kereta Jaguar XJ220 yang bernilai ₤200,000 ditinggalkan oleh pemiliknya yang telah pulang ke negara asalnya. Ada juga setengah kereta mewah ditinggalkan dengan kunci.

Lebih 3,000 kenderaan yang dijumpai terbiar di lapangan terbang pada tahun lalu. Kereta-kereta itu dilelong dan sesetengahnya dihapuskan oleh pihak polis tempatan.

Seorang pakar memberitahu akhbar The Sun, punca kereta mewah itu ditinggalkan di lapangan terbang adalah kerana masalah kewangan. Segelintir pemiliknya sudah menjangka mengalami kewangan dan bakal menjejaskan kehidupan mereka.

Jadi mereka mengambil langkah meninggalkan Dubai dan kereta mewah milik mereka di lapangan terbang.

Bagi menyelamatkan diri daripada dipenjara, mereka membuat keputusan untuk pulang dan meninggalkan kereta mewah mereka.

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here