Siri nombor pendaftaran KFA tidak capai sasaran kutipan – JPJ Kedah

1283

Selepas dibuka pada 12 November lalu, siri nombor pendaftaran baharu, KFA yang mempunyai akronim dengan Persatuan Bola Sepak Kedah (KFA) tidak mencapai sasaran kutipan tender bidaan melebihi RM2 juta.

Menurut Pengarah Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) negeri, Ismasuhaimi Shariff, setakat ini, kutipan tender untuk nombor pendaftaran itu sekadar mencecah RM1.2 juta.



“Ketika ini kita sudah melancarkan tender bidaan untuk nombor pendaftaran  KFB manakala KFA pula cuma tinggal baki,” kata Ismasuhaimi.

“Antara faktornya mungkin kerana kita melancarkan tender nombor pendaftaran itu sehari selepas nombor pendaftaran PPP dilancarkan di Pulau Pinang. 

“Nombor pendaftaran PPP itu mencatat jualan hingga RM8 juta menyebabkan jualan nombor pendaftaran KFA ini menjadi agak perlahan,” tambahnya.

nombor KFA

Ismasuhaimi berkata, tidak lama lagi JPJ Kedah akan membuka tender bidaan satu lagi nombor pendaftaran yang dijangka menarik perhatian iaitu KFC.

“Insya-Allah nombor pendaftaran bagi siri KFC itu dapat menarik perhatian banyak pihak. Setakat ini jualan tertinggi adalah siri nombor pendaftaran  KEN yang mencecah hingga RM4.8 juta,” katanya.

Jom subscribe telegram Motoqar untuk berita pantas di: https://t.me/motoqar

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here