Honda Beat 110 – Sinonim nama dan rentak

3439

Penulis agak ketinggalan dalam misi memburu info skuter keluaran terkini. Apatah lagi Honda Beat 110. Sebuah skuter cukup sinonim nama dan rentaknya.

Umpama bermimpi bila diberi peluang menunggang uji skuter Honda Beat 110cc oleh Boon Siew Honda (BSH). Hampir 1 tahun tidak menguji sebarang jenama skuter.



Seikhlasnya penulis klasifikasikan Honda Beat 110 adalah model awalan atau permulaan buat mereka yang berhijrah ke dunia skuter. 

Terdetik di minda golongan sasaran dan relevan. Gadis adalah sasaran utama juga bakal memiliki Honda Beat 110.

 Buat mereka yang berulang alik kerja serta terpaksa harungi kesesakan trafik di dalam bandar. 

Suri rumah menghantar anak ke sekolah dan golongan veteran. Bila melihatkan golongan sasaran jelas ianya terbahagi kepada dua iaitu mahir dan baru.

Tiada sebarang kerisauan bagi muka baru di dunia skuter. Terbukti Honda Beat 110 cc teramat senang dikendalikan. Tak percaya cuba tunggang sewaktu trafik yang sesak.

Adakah minyaknya jimat?

Minyak cuma 4 liter diperlukan untuk penuhkan tangki. Honda Beat 110 tersedia dengan ECO Mod serta teknoloji suntikan bahan api PGM – F1. Beratnya cuma 94kg.

Tambahan pula ianya dibantu oleh kuasa 8.7hp pada 6,000rpm. Kenyataan ini memperkuatkan lagi bukti skuter ini menjimatkan pengunaan bahan bakar.

Honda Beat 110 bukanlah skuter yang agresif. Bersifat lemah lembut. Buktinya tindakbalas pendikit (throttle respon).

Sepanjang sesi tunggang uji dapat dirasakan lontaran kuasa enjin tidak berlaku secara drastik setelah pendikit dipulas. Apakah ini satu langkah keselamatan, atau karekter yang sengaja direka?

Penularan kuasa cukup lembut, namun situasi tersebut hanya diperingkat permulaan. Enjin silinder tunggal 110cc, 4 lejang disejukkan melalui udara serta digerakkan tansmisi automatik V-Belt.

Sistem keselamatan tersuai dengan golongan sasaran dan rekabentuk. Honda Beat 110 diperkasakan lagi dengan Sistem Brek Kombi (CBS).

Bukan setakat CBS, malah demi memastikan skuter tidak mengelongsor di permukaan curam Honda Beat 110 dilengkapi juga dengan Kunci Pintar (SLS).

Harga Honda Beat 110 RM 5,365 (tidak termasuk cukai jalan dan insuran). Waranti ditawarkan selama 2 tahun atau 20,000km mana yang terdahulu.

Empat warna pilihan ditawarkan, Vivacity Red (merah), Space Magenta Magellanic (merah-ungu), Pearl Nightfall Blue (biru) dan Pearl Magellanic Black (hitam).

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here