Litar Ebisu rosak teruk dilanda gempa bumi berukuran 7.1 skala Richter

964

Pada hujung minggu lalu, litar yang popular di Jepun, Ebisu Circuit mengalami kerosakan teruk kerana dilanda gempa bumi dan tanah runtuh.

Litar yang cukup popular dengan perlumbaan profesional dan acara drift ini juga merupakan litar yang terkenal dengan acara tahunan D1GP.



Gempa bumi tersebut berlaku pada 11:08 malam pada Sabtu, di mana ia berpusat kira-kira 96.5km daripada pantai timur Wilayah Fukushima.

litar ebisu

Kejadian ini juga menyebabkan 900,000 rumah mengalami gangguan bekalan elektrik, mujurlah ianya tidak menyebabkan sebarang perubahan radiasi daripada dua loji tenaga nuklear yang berhampiran.

Menurut japanesenostalgiccar.com, tiada sebarang kes kematian dilaporkan, manakala jumlah kecederaan mencecah ratusan orang. Beberapa litar dan fasiliti di Drift Land, litar Minami dan Higashi juga difahamkan rosak teruk.

litar ebisu

Litar Ebisu sebelum ini mengalami kerosakan sebelum ini akibat gempa bumi berukuran 9.0 pada skala Richter 10 tahun lalu, dan bencana tersebut turut mengakibatkan loji nuklear Fukushima berhenti beroperasi dan melepaskan sisa radioaktif.

Untuk makluman, litar Ebisu diasaskan pada tahun 1986 oleh Nobushige Kumakubo, ketua Team Orange dan juara D1GP 2006.

Ebisu Circuit turut mempunyai fasiliti spa, resort ski, dan taman safari haiwan yang terletak berdekatan dengan litar tersebut.

Litar Ebisu juga merupakan lokasi pilihan bagi penganjuran sukan permotoran drift, perlumbaan motosikal, kereta formula dan kart.

Jom subscribe telegram Motoqar untuk berita pantas di: https://t.me/motoqar

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here