Anggota polis kemalangan gara-gara kejar Volkswagen Golf GTi lari daripada pemeriksaan

2331

Seorang anggota polis cedera sementara seorang lagi selamat selepas terbabit kemalangan ketika mengejar sebuah kenderaan yang lari daripada pemeriksaan polis, pada Selasa.

Dua anggota terbabit Lans Koperal Muhamad Sha’ad Muhamad Sha’id, 28, cedera di tangan kiri serta Lans Koperal Muhammad Ramadhan Ghazali, 27, tidak mengalami sebarang kecederaan.



Mereka masing-masing bertugas di Cawangan Jabatan Pencegahan Jenayah dan Keselamatan Komuniti (JPJKK) Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Sentul.

kemalangan polis

Menurut Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Kuala Lumpur Asisten Komisioner Zulkefly Yahya, kejadian berlaku jam 10:20 malam di persimpangan lampu isyarat Jalan Sultan Haji Ahmad Shah – Jalan Tuanku Abdul Halim.

Menurutnya, kemalangan membabitkan kereta peronda polis jenis Honda Civic dan Perodua Myvi yang dipandu seorang wanita berusia 26 tahun.

kemalangan polis

“Kemalangan berlaku semasa kereta peronda polis mengejar sebuah Volkswagen Golf GTi dipandu seorang lelaki yang lari daripada pemeriksaan polis dengan memasang lampu beacon dan siren,” kata Zulkefly.

“Semasa tiba di lokasi kejadian, kereta peronda terlanggar kereta dipandu wanita itu yang keluar dari kiri jalan,” tambahnya.

kemalangan polis

Zulkefly berkata, kemalangan mengakibatkan pemandu kereta peronda cedera di tangan kiri manakala pemandu Perodua Myvi turut cedera di bahagian perut dan dihantar ke Hospital Kuala Lumpur (HKL) untuk rawatan.

Katanya, kes disiasat mengikut Seksyen 43(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Jom subscribe telegram Motoqar untuk berita pantas di: https://t.me/motoqar

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here