Kebakaran libatkan enam kenderaan dipercayai perbuatan khianat – polis

1493

Kebakaran membabitkan enam kenderaan di tempat letak kereta di Projek Perumahan Rakyat (PPR) dekat Pantai Dalam, Kuala Lumpur tengah hari semalam dipercayai berpunca perbuatan khianat.

kebakaran kenderaan

Menurut Timbalan Ketua Polis Daerah Brickfields, Superintendan Basri Sagoni, pasukan forensik Jabatan Bomba dan Penyelamat yang menjalankan siasatan menemui satu botol berbau petrol dan kesan simbahan petrol pada sebuah kereta terbakar.



“Kesan simbahan petrol ditemui di hadapan sebuah kereta Perodua Myvi berwarna hitam dan sebuah van berwarna merah yang disyaki menjadi punca letusan kebakaran,” kata Basri.

kebakaran kenderaan

“Sebanyak lima spesimen di tempat kebakaran diambil dan akan dibawa ke makmal untuk analisa punca sebenar kebakaran,” tambahnya.

Dalam kejadian tengah hari semalam, enam kenderaan termasuk sebuah van musnah dalam kebakaran di tempat letak kereta Blok D, PPR Pantai Ria, Jalan Pantai Dalam.

Kebakaran itu membabitkan sebuah van Mitsubishi Delica dan dua Perodua Myvi, sebuah Perodua Bezza, Toyota Vios dan Perodua Kelisa.

Basri berkata, pihaknya menjalankan siasatan lanjut kejadian itu mengikut Seksyen 435 Kanun Keseksaan.

Katanya, orang ramai yang mempunyai maklumat kejadian itu diminta membantu siasatan dengan menghubungi Hotline Polis Brickfields di talian 03-22979222, Hotline Polis Kuala Lumpur di talian 03-21159999 atau mana-mana balai polis berdekatan.

Jom subscribe telegram Motoqar untuk berita pantas di: https://t.me/motoqar

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here