Setiausaha sulit kanan menteri kemalangan, Proton X70 dipandu terlanggar besi

1767

Setiausaha sulit kanan (SUSK) seorang menteri parah selepas terlanggar objek dipercayai besi di tengah jalan di Kilometer 14.6 Lebuhraya Utara Selatan hala ke Damansara, semalam.

Setiausaha sulit kanan menteri

Difahamkan mangsa adalah SUSK Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Ekonomi) Datuk Seri Mustapa Mohamed.



Dalam kejadian 12:30 tengah malam itu, lelaki berusia 47 tahun terbabit memandu Proton X70 disyaki terlanggar besi di tengah lebuh raya yang menyebabkan kereta dipandu mangsa hilang kawalan hingga melanggar penghadang kiri jalan.

Menurut Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Nik Ezanee Mohd Faisal, objek berkenaan berkemungkinan terjatuh dari lori yang melalui jalan berkenaan kerana tiada kerja pembinaan sedang dijalankan di sekitar kawasan terbabit ketika itu.

“Mangsa dikejarkan ke sebuah hospital swasta di Ara Damansara dan disahkan patah tulang hidung dan bahagian pipi,” kata Nik Ezanee.

“Sementara, kereta mangsa mengalami kerosakan di pelbagai bahagian hadapan,” tambahnya.

Nik Ezanee berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 43(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

“Orang ramai yang melihat atau mengetahui mengenai kejadian itu, boleh menghubungi pegawai penyiasat trafik, Inspektor Mohd Al Rassid Borhanudin di talian 019-9905570 atau Bilik Gerakan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Petaling Jaya 03-79662176,” lanjut Nik Ezanee.

Jom subscribe telegram Motoqar untuk berita pantas di: https://t.me/motoqar

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here