Nak menang kereta Honda baharu? Ikut dua langkah mudah ni!

2723

Ya betul, cuma dua langkah mudah diperlukan untuk menang kereta Honda baharu. Honda Malaysia sekarang sedang menjalankan kempen 1 Million Dreams sempena unit jualan mereka yang ke-1,000,000.

Jadi mereka menyediakan tujuh buah model berbeza untuk anda menangi, iaitu City, Jazz, HR-V, BR-V, CR-V, Civic dan Accord. Kesemua tujuh kereta ini berwarna putih, bumbung hitam, dan mendapat kemasan-kemasan khas lain yang unik.



Macam mana nak menang? Baik, dua langkah tadi adalah; pertama, buat aktiviti-aktiviti yang disediakan Honda, kemudian langkah kedua, terus hantarkan sahaja maklumat peribadi anda.

Setiap aktiviti mempunyai jumlah penyertaan tertentu. Jadi semakin banyak bilangan penyertaan yang anda kumpul, semaking tinggi peluang nak menang.

Tonton video ini untuk tengok apa aktiviti yang boleh anda buat untuk kumpul penyertaan:

Paling menarik, peraduan ini bukan terhad kepada pembeli atau pemilik Honda sahaja, sesiapa pun boleh sertai dan berpeluang menang.

Kalau nak sertai, kena cepat kerana peraduan ini tamat pada 24 Mac ini. Mana tahu ada rezeki kan, dapat bawa pulang sebuah Honda baru, pakai masa Raya!

Bukan selalu orang nak bagi free, dan setiap model Honda ini pula akan ada satu unit sahaja dalam Malaysia! Amacam?

Boleh tonton video di bawah untuk tengok setiap satu, pilihan admin Honda Accord!

Jom subscribe telegram Motoqar untuk berita pantas di: https://t.me/motoqar

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here