Legenda pengulas Formula 1, Murray Walker meninggal dunia pada usia 97 tahun

1015

Murray Walker, seorang pengulas sukan permotoran yang pernah dikenali sebagai suara Formula 1, telah meninggal dunia pada usia 97 tahun.

Murray Walker

Kematian Murray disahkan oleh satu kenyataan dari British Racing Drivers’ Club.



“Seorang rakan, legenda sukan permotoran, seorang pengulas yang digemari ramai. Murray sudah tentu akan dirindui, dan suaranya akan terus ‘hidup’ dalam sukan permotoran buat selama-lamanya,” kata kenyataan tersebut.

“Kami berterima kasih kepada Murray untuk semua perkara yang telah dilakukannya untuk komuniti kami,” tambah kenyataan tersebut.

Murray Walker memulakan kariernya sebagai pengulas perlumbaan Formula 1 untuk syarikat penyiaran BBC antara tahun 1976 hingga 1996, dan pengulas untuk ITV pada tahun 1997 hingga tahun 2001.

“Suaranya bergema dalam perlumbaan Formula 1 untuk banyak generasi peminat. Kami mengucapkan takziah kepada keluarga Murray,” kata satu kenyataan dari Formula 1.

Martin Brundle, pengulas bersama Murray Walker pada tahun-tahun terakhir kerjayanya, mengatakan bahawa mendiang adalah lelaki yang luar biasa dalam segala hal.

“Seorang yang sangat berharga seperti harta karun nasional, seorang genius dalam berkomunikasi dan seorang legenda Formula 1,” tulis Martin Brundle di laman Twitter miliknya.

Jom subscribe telegram Motoqar untuk berita pantas di: https://t.me/motoqar

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here