Lelaki cedera kereta dipandu terbabas merempuh rumah

1234

Seorang lelaki cedera apabila kereta yang dipandunya terbabas lalu merempuh sebuah rumah dalam kejadian di Jalan Ampangan, Seremban lewat petang semalam.

Menurut Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Seremban, Mohammad Idris, pihaknya menerima panggilan pada pukul 7:52 petang dan tiba lima minit kemudian.



“Kami menerima laporan daripada orang awam memaklumkan seorang lelaki yang memandu sebuah kereta telah terbabas dari arah Jalan Jelebu menuju ke bandar Seremban dan melanggar rumah berdekatan.

kereta merempuh rumah

“Maklumat awal yang kami terima, mangsa yang memandu BMW mengalami kecederaan dan pihak bomba mengambil masa lima minit untuk mengeluarkan mangsa yang tersepit pada bahagian kaki,” katanya.

Menurutnya, mangsa yang cedera pada bahagian kaki itu dihantar ke Hospital Tuanku Ja’afar (HTJ) untuk rawatan lanjut.

Jelasnya, lima individu yang berada di dalam rumah tersebut bagaimanapun selamat dan tidak mengalami sebarang kecederaan.

Jom subscribe telegram Motoqar untuk berita pantas di: https://t.me/motoqar

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here