Jangan letak harapan tinggi untuk rentas negeri sambut Hari Raya – Ismail Sabri

1242

Orang ramai yang mahu pulang ke kampung bagi menyambut Hari Raya Aidilfitri tahun ini dinasihat supaya tidak meletakkan harapan tinggi untuk kerajaan membenarkan aktiviti rentas negeri bagi tujuan berkenaan.

Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, memberi bayangan bahawa aktiviti rentas negeri dibimbangi akan terus menyumbang kepada peningkatan kes Covid-19 yang kini sedang menunjukkan trend penurunan.



Katanya, kerajaan sudah pun beri kelonggaran untuk beberapa aktiviti seperti bazar Ramadan, solat terawih dan aktiviti masjid dan setiap keputusan yang dibuat itu adalah berdasarkan nasihat Kementerian Kesihatan (KKM).

“Seperti yang kita tahu, rentas negeri adalah satu daripada faktor penyumbang kepada kluster kes-kes baharu positif Covid-19 dan sebanyak 32 kluster ‘balik kampung’ dan rentas negeri direkodkan.

“Contoh di Sarawak, dulu sebuah negeri hijau dan terbaik di negara ini daripada segi kawalan namun akibat aktiviti balik kampung, sebuah rumah panjang menjadi kluster dan sekarang Sarawak banyak zon merah dan jingga,” katanya dalam sidang media.

Beliau berkata, satu lagi contoh klasik adalah keadaan Covid-19 di Kelantan apabila kerajaan membenarkan aktiviti rentas negeri pada Disember lalu, rakyatnya yang tinggal di Lembah Klang ramai pulang ke kampung.

“Akibatnya lebih 65 peratus daerah di negeri itu bertukar menjadi zon merah dan kes terus meningkat sehingga status Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) Pemulihan di negeri itu ditukar kepada PKP kerana kes ‘balik kampung’.

“Oleh demikian, KKM merasakan kawalan rentas negeri ini perlu dilakukan dengan cara yang lebih tegas,” kata Ismail.

Justeru, katanya, keputusan untuk membenarkan rakyat pulang ke kampung sempena sambutan Aidilfitri kali ini akan dibuat berdasarkan nasihat KKM kepada Jawatankuasa Teknikal PKP atau sidang khas MKN kelak, sama ada membenarkan atau tidak.

Jom subscribe telegram Motoqar untuk berita pantas di: https://t.me/motoqar

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here