Lamborghini akan perkenalkan dua model baharu dengan enjin V12 tahun ini

1207

Lamborghini telah mendedahkan bahawa mereka akan memperkenalkan dua model berasaskan enjin V12 pada tahun ini.

Kenyataan ini dikeluarkan oleh pengeluar Itali tersebut, pada akhir siaran akhbar yang berkaitan dengan hasil kewangan mereka pada tahun 2020.



“Tahun ini, Huracan STO akan disertai oleh dua produk baharu lagi, berdasarkan enjin V12 yang ikonik,” kata kenyataan tersebut. Namun, maklumat terperinci tentang kedua-dua model baharu ini masih belum diberikan dengan lebih lanjut.

Kemungkinan besar, kedua-dua model baharu Lamborghini ini akan dihasilkan berasaskan Aventador, kerana model tersebut belum ada pengganti sehingga kini. 

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by Lamborghini_Dutch 💯🅾 (@lamborghini_dutch)

Menurut Carscoops, baru-baru ini tular di media sosial gambar sebuah prototaip misteri yang menampilkan bampar dan diffuser belakang yang unik, serta ekzos yang menyerupai Lamborghini Aventador SVJ.

Terdapat juga khabar angin yang mengatakan Lamborghini akan meraikan ulang tahun ke-50 prototaip Countach di Pameran Motor Geneva 1971 dengan edisi khas Aventador, yang berkemungkinan akan dihasilkan hanya 100 unit di seluruh dunia.

Jom subscribe telegram Motoqar untuk berita pantas di: https://t.me/motoqar

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here