Baru dihantar kepada pelanggan, 6 unit Ford Bronco Sport 2021 telah dilelong dalam keadaan rosak

3345

Tidak lama selepas penyerahan Ford Bronco Sport 2021 kepada pelanggan dimulakan, beberapa buah SUV baharu ini telah disenaraikan untuk dilelong di laman web Copart.

Ford Bronco Sport 2021

Berdasarkan laman web tersebut, terdapat enam buah Ford Bronco Sport 2021 sedia untuk dijual dalam masa terdekat.



Kerosakan yang dialami oleh keenam-enam Bronco Sport tersebut berbeza, dan sesiapa yang mahukan alat ganti tulen untuk SUV ini boleh dapatkannya daripada enam unit tersebut dengan harga yang murah.

Model pertama yang kini dilelong ialah Sport Outer Banks, yang terletak di Chicago. Ianya dikategorikan sebagai selamat dan hanya dipandu sejauh 1,530km.

Ford Bronco Sport 2021
Ford Bronco Sport Outer Banks

Kerosakan yang dialami oleh SUV ini hanya di bahagian belakang, dan ini bermakna, enjin 1.5-liter 3-silinder turbo yang digunakan masih berada dalam keadaan baik. Ruangan dalam pula tidak mengalami sebarang kerosakan.

Selain itu, terdapat juga model Outer Banks lain di Chicago dan satu lagi model yang berwarna hitam di Pittsburgh, yang memiliki perbatuan hanya 415km. Kedua-dua model ini mengalami kerosakan pada bahagian hadapan, dan enjin 3-silinder yang disertakan mungkin mengalami kerosakan. 

Ford Bronco Sport 2021
Ford Bronco Big Bend

Model yang paling teruk mengalami kerosakan ialah Big Bend yang berwarna hitam, dimana ianya pernah terbalik dan rosak akibat dari kebakaran. Beberapa bahagian kecil pada model ini masih boleh dibaik pulih.

Terdapat dua model Bronco Sport Big Bend lain yang dilelong, yang masing-masing berwarna hitam dengan perbatuan 2,272km dan berwarna kelabu dengan perbatuan 1,372km.

Jom subscribe telegram Motoqar untuk berita pantas di: https://t.me/motoqar

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here