Rebat RM5,000 untuk Honda City dan BR-V sempena kempen 1 Million Dreams

1185

Honda mengumumkan rebat khas RM5,000 untuk dua model popular mereka, City serba baharu dan BR-V. Rebat ini diberikan bersempena kempen Honda 1Million Dreams yang sedang dijalankan.

Selain itu, Honda Malaysia juga menawarkan rebat wang tunai, baucar servis dan alat ganti bernilai sehingga RM5,000 sekiranya anda mendaftar City dan BR-V dari 16 hingga 31 Mac 2021.



Jadi sekiranya anda sedang berfikir untuk membeli City atau BR-V ini, pastikan cepat untuk melayakkan anda mendapat ganjaran-ganjaran di atas.

Sejak pelancarannya pada 2020, Honda City baharu memeriahkan pasaran dengan teknologi terkini, powertrain baharu dan rekabentuk sporti.

Dengan harga antara RM74,191.27 hingga RM86,561.45, City baharu dilengkapi perkara seperti lampu LED sepenuhnya, DRL, rim 16-inci dan corong pendingin hawa belakang (bergantung kepada varian).

Ia dikuasakan enjin 1.5-liter DOHC i-VTEC yang memberikan keseimbangan antara prestasi dan kecekapan bahan api. Kuasa 121hp dan 145Nm tork disalurkan ke tayar depan dengan transmisi CVT.

City juga ditawarkan dengan ciri canggih Remote Engine Start serta Honda LaneWatch.

Sementara itu, Honda BR-V tetap menjadi pilihan pelanggan dalam segmennya dan diberi kemaskini pada 2020.

Honda BR-V varian V dikuasakan enjin 1.5-liter i-VTEC dengan 120hp dan dipadankan dengan transmisi CVT.

Kemaskini pada penampilannya termasuklah rekaan bampar baharu, perumah lampu kabus, gril depan, dan rim aloi 16-inci dwi-tona.

Bulan ini juga, Honda Malaysia akan menawarkan tujuh unit Honda Special Edition sebagai hadiah peraduan 1 Million Dreams Campaign. Peraduan ini akan berlangsung sehingga 24 Mac 2021 dan pemilihan pemenang serta penyampaian hadiah akan diadakan di Stadium Bukit Jalil pada Sabtu ini, 27 Mac 2021.

Jom subscribe telegram Motoqar untuk berita pantas di: https://t.me/motoqar

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here