Terpedaya iklan Toyota Alphard murah, jurutera rugi hampir RM30k

1402

Seorang jurutera kerugian hampir RM30,000 selepas ditipu dalam urusan jual beli sebuah Toyota Alphard secara dalam talian.

Menurut Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersial negeri, Superintendan E Sundra Rajan, jurutera lelaki berusia 38 tahun itu hanya menyedari dirinya ditipu selepas membuat bayaran berjumlah RM29,700.



Beliau berkata, mangsa yang melayari laman Facebook pada 9 Mac lalu tertarik dengan penjualan Toyota Alphard berharga RM60,000 dari Singapura dan ingin membelinya.

“Suspek kemudian mengarahkan mangsa membuat bayaran deposit 10 peratus, insurans dan cukai jalan,” kata Sundra Rajan.

“Sepanjang tempoh itu sehingga 17 Mac lalu, mangsa membuat pembayaran secara berperingkat ke dalam lima akaun bank berlainan,” tambahnya.

Beliau berkata, selepas jumlah itu dibayar, suspek masih meminta wang daripada mangsa, namun dia tidak berbuat demikian kerana mengesyaki diri ditipu.

jurutera toyota alphard

“Mangsa kemudian membuat laporan polis dan sehingga kini masih belum menerima kenderaan ditawarkan itu.

“Semakan dilakukan mendapati tiga laporan polis dibuat membabitkan nombor akaun bank digunakan suspek yang turut menggunakan modus operandi sama bagi menipu orang ramai,” lanjut Sundra Rajan.

Sementara itu, Sundra Rajan berkata, terdapat 69 kes diterima Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Melaka sejak 2019 membabitkan kes penipuan penjualan kereta secara dalam talian membabitkan kerugian RM495,104,20 .

Jom subscribe telegram Motoqar untuk berita pantas di: https://t.me/motoqar

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here