Replika Corvette Grand Sport 1963 dari filem Fast Five ini untuk dijual!

1307

Sebuah replika Chevrolet Corvette Grand Sport 1963 yang pernah digunakan dalam filem aksi Fast Five kini sedia untuk dijual.

 Chevrolet Corvette Grand Sport 1963

Berdasarkan senarai yang dikeluarkan oleh VoloCars, terdapat 12 replika Corvette Grand Sport yang dihasilkan oleh Mongoose Motorsports untuk filem untuk filem tersebut. 



Daripada jumlah tersebut, hanya tiga unit yang boleh dianggap selamat dan replika ini merupakan yang terbaik di kalangan semua replika tersebut. Selain itu, ianya merupakan kereta yang paling kerap digunakan oleh Vin Diesel dan Paul Walker.

 Chevrolet Corvette Grand Sport 1963

Chevrolet Corvette Grand Sport 1963 ini dikuasakan oleh enjin V8 350 cubic-inch yang mampu menghasilkan sehingga 380hp, digabungkan dengan transmisi automatik dan juga menampilkan penggunaan casis tubular dan suspensi daripada C4 Corvette.

 Chevrolet Corvette Grand Sport 1963

Apa yang menarik, Mangoose Motorsports turut menerima lesen dari General Motors (GM) untuk menghasilkan replika model asal Corvette Grand Sport 1963, dan menjualnya pada harga USD85,000 (RM352,423) tanpa kehadiran enjin dan transmisi.

 Chevrolet Corvette Grand Sport 1963

Walaupun kereta untuk filem sering kali dimusnahkan selepas proses penggambaran selesai, Corvette Grand Sport 1963 ini nampaknya dijaga dengan sangat baik.

Jom subscribe telegram Motoqar untuk berita pantas di: https://t.me/motoqar

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here