Renault Megane RS 300 Trophy kini di Malaysia – 300hp, 420Nm, 4CONTROL

1874

Satu lagi hot hatch telah buat kemunculan senyap-senyap di pasaran Malaysia, iaitu Renault Megane RS. Dan kali ini bukan RS biasa, tetapi Megane RS 300 Trophy!

Dibawakan oleh TC Euro Cars (TCEC), hot hatch terkini dari Perancis ini dijual pada harga RM324,476.61.



Menariknya, anda boleh miliki jentera prestasi tinggi ini dengan cara langganan bermula RM5,200 sebulan. Pelan-pelannya adalah seperti berikut:

Antara ciri baharu dan unik pada Megane RS 300 Trophy adalah:

  • Enjin 1.8-liter turbo 4-silinder yang dinaik-taraf
  • Lampu depan LED baharu dengan DRL, dan rekaan LED belakang baharu
  • Warna baharu Flame Red
  • Roda stereng dengan balutan kulit RS dan Alcantara
  • Gril radiator honeycomb dengan logo RS
  • Skrin sesentuh Easylink 7-inci dengan Apple CarPlay dan Android Auto
  • Blade dengan ala F1, unik pada versi Trophy
  • Rim 19-inci Jerez yang mengambil inspirasi Renault Sport RS01 Concept

Laju ke? Mesti lah. Enjin 1.8-liter ini sekarang ditala untuk menghamburkan 300hp dan 4220Nm tork hasil dari turbo ball-bearing seramik dan sistem ekzos baharu.

Enjin ini dipadankan dengan transmisi EDC (Efficient Dual Clutch) 6-kelajuan yang boleh dikawal dengan paddle-shifters. Terdapat juga mod pemanduan My Sense, Save, Sport dan Race.

Dan mod Sport dan Race, transmisi EDC tadi boleh melakukan Multi Shift Down. Semasa membrek, hanya tarik paddle kiri lebih lama dan ia akan turun beberapa gear dan pergi kepada gear paling sesuai untuk keluar selekoh.

EDC juga boleh menjalankan Launch Control untuk memberikan pecutan paling optima.

Megane RS 300 Trophy juga hadir dengan casis Cup yang merangkumi LSD Torsen, sistem stereng empat roda 4CONTROL, Brembo dengan cakera lebih ringan, dan suspensi hidraulik compression stop.

Lima warna boleh dipilih untuk Megane RS 300 Trophy dan kesemua unit hot hatch ini hadir dengan jaminan 3-tahun dan 100,000km (yang mana dahulu).

Untuk maklumat lanjut, layari www.renault.com.my atau hubungi 1-800-18-8663.

Jom subscribe telegram Motoqar untuk berita pantas di: https://t.me/motoqar

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here